Foster & adopt
Setiap haiwan yang pulih di bawah Nadi Haiwan memerlukan rumah. Daftar sekali sahaja; selepas permohonan anda diluluskan, kami akan menghantar e-mel setiap kali ada haiwan yang sesuai dengan anda.
Foster
Jaga haiwan di rumah anda buat sementara waktu, sehingga ia pulih sepenuhnya atau mendapat keluarga. Haiwan kekal di bawah tanggungjawab Nadi Haiwan, dan kos rawatan di klinik panel ditanggung oleh kami.
Adopt
Ambil haiwan sebagai ahli keluarga anda untuk selama-lamanya. Haiwan diserahkan selepas disteril, divaksin dan disahkan sihat oleh klinik.
Bagaimana prosesnya
- Daftar akaun dan isi borang. Maklumat diri, rumah, pengalaman dan seorang rujukan, berserta gambar ruang untuk haiwan.
- Semakan staf. Kami menyemak maklumat anda dan mungkin menghubungi rujukan anda.
- Panggilan video atau lawatan rumah. Kami ingin melihat di mana haiwan akan tinggal.
- Diluluskan. Anda akan menerima e-mel apabila ada haiwan yang memerlukan foster atau keluarga.
- Padanan dan serahan. Tandatangan perjanjian, semakan kad pengenalan semasa serahan, dan haiwan dibawa pulang.
- Kemas kini. Hantar gambar atau video secara berkala supaya penderma dapat mengikuti perkembangannya.
Kami menyemak setiap permohonan dengan teliti untuk memastikan haiwan diserahkan kepada orang yang benar-benar akan menjaganya. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat palsu, atau penolakan lawatan rumah tidak akan diluluskan.
